Sunday, February 17, 2013

Happy 5th Months Birthday.



17.02.2013 

Malaikat kecil saya dah berusia 5 bulan pada hari ni...Selamat hari lahir sayang..

Apa yg baby SM dah pandai sekarang?

1- Bersembang bahasa bayi. 

2- Dah boleh makan, buat masa ni menu yg boleh diambil hanya blended rice, blended zucchini dan kentang lenyek.

3- Menjerit.

4- Meniarap dan guling-guling.

5- Main toys.

6- Tonton upin & ipin.

7- Hisap jari mcm yummy giler jari tu.

8- Main air liur buat bubbles.

Haishhh, mcm2 lagi lah peel dia..

Malaikat kecil, mama doakan awak sentiasa bahagia di samping mama dan papa..sihat tubuh badan, cergas minda, membesar jadi anak yg soleh dan disayangi Allah..

Love you.



Wednesday, February 6, 2013

Amanah Allah.

Perbualan bayi dengan Allah sebelum kelahirannya...



Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. 



"Seef Mikhayl, mama takkan sia-siakan awak...sebab awak amanah Allah buat mama...."




Tuesday, December 18, 2012

Penawar hati.


Seef Mikhayl kejut mama pagi2 pegi kerja.

Telatah baby SM buat mama rasa berat nk ke pejabat.

Mama agak stress sikit di pejabat tadi.

Tapi mama tak kisah.

Sebab bila mama balik dari pejabat, mama tengok baby SM tengah tunggu mama dekat garden.

Hilang penat dan stress.

Oh! penawar hati mama.


Bermuka dua.


Kamu yang mana?

Wanita cantik atau wanita buruk?

Kalau kamu ikhlas, kamu tak cantik pun, di mata saya kamu tetap cantik.

Kalau kamu cantik, tapi tak ikhlas, kamu tak ubah seperti wanita buruk di mata saya.

Dan begitulah sebaliknya.


Oh! ya.

Cakap siang pandang2.

Rambut sama hitam, hati lain2.

Baik sangat pun susah, jahat lagi tak boleh.

Kalau kamu tak ikhlas, jauhkan diri dari saya.

Sebab saya tak inginkan sebarang pertolongan bersulam ungkitan.

Atau manusia yang bermuka-muka.

Sekian.






Monday, December 17, 2012

Seef Mikhayl is 3 months ol'.


Owwwhh sleeping beauty.

17.12.2012 genap bb Seef Mikhayl berusia 3 bulan.

Sayang anak mama, mmmmuahh!

Now, dah pandai nk sembang.

gugu gaga errrr.

rasa geram sangat.

rasa mau sambung cuti sampai new year.

tapi, apakan daya.

esok sudah mula bertugas kembali setelah 3 bulan bercuti bergaji penuh.


Seef Mikhayl jgn notty tau, mama gi kerja kejap je.

dok ngan papa baik2 yer.

*moga saya dapat bertugas dengan tenang dan makin berkaliber, ikhlas, serta diberkati Allah S.W.T.


Friday, December 14, 2012

Berkhemah.


"Menjeling-menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang....SM Salim sekejap.

Khemah dah beli.

Cuaca masih 19 darjah celsius.

Pakcik2 dan makcik2 MCB masih belum umumkan tarikh untuk berkhemah di padang pasir.

Kita dah ready ni."

Bisik Seef Mikhayl dalam bahasa bayinya.


Goodnite!


Wednesday, December 12, 2012

Sleeping beauty.


Tengoklah gaya malaikat kecil saya tidur.

Ini adalah posisi yang paling digemarinya.

Kalau posisi cenggini, mmgla dia sedang tidur nyenyak.

Mama rindu Seef Mikhayl so much.

Hari ni tak bagi sepenuh tumpuan pada dia sbb mama selsema dan demam.

Haishh! Sehari tak dukung, rasa mcm setahun.

Cewah.  Tapi benaran dong!




Cak!


Ini view dari kamar beradu saya.

Sungguh berangin di luar.

Entah bila winter nk masuk waktunya.

Lambat pula kedatangan musim sejuk di Bahrain tahun ni.

Macam main cak-cak.

Kejap suhu dah turun, kejap suhu naik balik.

Agaknya, perubahan cuaca yg tak menentu ni faktor saya selsema dan demam.



Monday, December 10, 2012

Demam.


Baby Seef Mikhayl baru baik dari demam. 

Walau tak larat, dia masih tersenyum.

Anak mama ni dah besar.

Pampers size pun dah bertukar dari no. 2 ke no. 3.


Alhamdulillah, dia membesar bagai sang juara ;)

Hari ni, mama pulak rasa bagai nak demam.

Tekak ni rasa kembang semacam.

Bagus kalau tidur awal supaya cukup tidur dengan harapan kesihatan terjamin di kala bangkit dari tidur esok hari.

*sambil telan 2 ketul panadol.


Wednesday, December 5, 2012

Toys tu apa?


Bila agaknya baby Mikhayl nk pandai main toys and gelak2 bila diagah?

Baby Mikhayl buat muka blur bila mama tunjuk2 toys, seakan menyoal "Toys? Apa tu?" 

Selalunya, bila agaknya baby start pandai semua tu?

Apa yg baby Mikhayl  dah pandai skang? Lihat senarai di bawah:

- senyum (tapi naturally, bukan socially)
- teran berak (tgk muka dia mesti gelak time ni)
- buat muka jebik (alalala, tu tanda dia minta dipujuk)
- tidur lasak (dah pandai mengereng sniri)
- mengayuh (kaki tangan bergerak laju mcm kayuh basikal)
- buat bubbles guna air liur (maktok dia ckp, nnt rambut mama belah depan akan gugur kalau baby suke buat canni)
- kenal muka mama n papa (hari2 dia buat 'kawat cam')

ada lagi.

tapi mata dah ngantuk.

tbc.

gnite.